Friday 30 April 2010

Selesai Imtihan sani, Tibalah Imtihan Akhir

Assalamualaikum.


Alhamdulilah baru selesai imtihan sani.Sekarang masa untuk berjuang untuk imtihan nihai' pula. yang akan bermula pada 19/5,26/5,29/5 dan yang terakhir 3/6/2010.Semuanya 50 soalan setiap subjek yang mana soalan abc semuanya. Bila soalan ABC cabarannya sangat hebat ,kita kena baca betul-betul sebab jawapannya nak dekat-dekat. Kita kena ulang banyak kali dalam membaca buku. DR Salim Adrusi ,Dr Nasar Qadim saya, dr ni sangat hebat dalam membuat soalan sebab kita tidak boleh jangka soalan dia. boleh dikatakan dr dekat sini sangat pandai buat soalan.Mana taknya bila kita baca buku kita sangka poin tak penting dr tak tanya,sekali poin yang dikata tidak penting tu la yang masuk periksa. Kesimpulannya kita kena banyak semua poin dalam buku dan ulang banyak kali supaya kita mudah dalam imtihan.

Insyaallah saya akan buat yang terbaik dalam imtihan kali ini.Apabila kita berusaha bersungguh-sungguh berserta bertawakal kepada Allah .Insyaallah imtihan kita akan khair.Pergantungan diri kita kepada Allah perlu kuat agar kita akan rasa tenang sebelum.semasa dan selepas kita jawap semua imtihan.Ilmu kita juga akan berkat .Insyaallah kita akan ingat sampai bila-bila Ilmu yang kita belajar apabila kita niat kerana Allah S.A.W. Perasaan takut kita akan hilang apabila kita imtihan kerana Allah s.a.w. Allah lah yang mempermudahkan kita jawap,Allah jugalah tahu segala bentuk soalan, Allah jugalah yang pergang hati Dr supaya buat soalan yang mudah untuk kita. Apabila kita yakin dengan Allah Insyaallah imtihan kita akan Khair.

Tinggal sebulan lagi untuk saya dan rakan-rakan tahun satu untuk habis sem 2 ini. Masa semakin cepat.Rasa tidak puas lagi belajar untuk subjek sem ni.16/5/2010 ni dah kena tasjil madah untuk sem soifi.Insyaallah sem soifi ni saya nak ambil 3 subjek.


Doakan saya ummi ayah ,adik-adik,rakan-rakan agar terus kuat dalam perjuangan imtihan,menuntut ilmu dan sentiasa istiqamah dalam kerja-kerja islam.

No comments:

Post a Comment