Saturday 10 April 2010

Kata-kata Semangat untuk Terus Berusaha dalam Pelajaran.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Hari ini saya nak kongsi kata-kata semangat untuk terus berusaha dalam pelajaran.
  • Dalam kita menuntut ilmu ini kita tidak boleh bangga diri dan terlalu yakin dengan usaha kita tanpa bertawakal kepada Allah. Dengan mudah Allah memguji kita dengan memberikan keputusan yang tidak memuaskan.
  • Apabila kita dapat markah sedikit , jangan mudah putus asa,muhasabah diri, Adakah kita cukup bergantung dengan Allah sepanjang kita ulang kaji pelajaran dan menjawab periksa.Selain itu, Allah nak kita berusaha lagi dengan lebih gigih disamping menambahkan amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
  • Apabila kita melakukan sesuatu dengan bersusah payah dan tidak mudah putus asa, Allah akan memberikan ganjaran yang lebih besar kepada kita berbanding orang yang senang untuk mendapatkan sesuatu. Semakin susah Allah uji kita Semakin Banyak ganjaran yang Allah nak berikan kepada kita.
  • Selagi mana kita tidak berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran selagi itu Allah tidak akan bagi yang terbaik untuk kita.
  • Apa yang kita dapat dalam peperiksaan semua bergantung kepada usaha kita dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah s.a.w.
  • Selepas kita berusaha bersungguh-sungguh bertawaklah kepada Allah. Allah Berfirman;
فًإِذًا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَهِ إِنَّ اللَهَ يُحِبُّ المُتَوَكِّلِينَ

"sekiranya kamu telah membulatkan tekad , bertawakallah kepada Allah.sesungguhnya Allah suka kepada orang yang Bertawakal."
(surah Ali 'Imran ayat 159)
  • Apabila kita dapat keputusan cemerlang juga satu ujian kepada kita.Allah nak lihat sama ada kita bersyukur kepadaNya ataupun tidak.
  • Sebenarnya ini semua tarbiyah daripada Allah untuk kita agar kita menjadi seorang hamba dan pelajar yang lebih baik dalam semua aspek dan merasai kehadiranya dalam diri kita.Disamping menambahkan keimanan kepadaNya.
  • Tidak ada di dunia ini benda yang senang hanta kita nak makan pun susah.Kita tidak akan dapat makan jika kita tidak berusaha untuk mendapatkannya.samalah dalam pelajatan kita.
Minta maaf jika ada kesilapan dalan kata -kata saya. Kata-kata untuk saya sendiri untuk terus menaikkan semangat saya dalam pelajaran.
( Ditulis pada 5/4/2010. di Pustakaan University Yarmouk )

2 comments: