Saturday 6 March 2010

TAUHID AR-RUBUBIYAH

Assalamualaikum.w.b.t

Bagaimana dengan iman ?dah baca Al-Quran ke belum ?dah baca Al-Ma'thurat ke belum?. Inilah soalan yang mula-mula sekali ayah @ ummi saya akan tanya setiap kali telefon @ skype dengan mereka.

Sebenarnya hari ini saya nak berkongsi ilmu apa yang saya dapat pada hari khamis malam jumaat hari tu. Tajuknya
tauhid ar-rububiyah. apa itu tauhid ar-rububiyah?.

Makna kalimah tauhid

Tauhid bermaksud mengesakan allah s.w.t. dari sudut penghayatan kehidupan kita bermaksud kita berikrar,mengenal, mengakui,menyakini bahawa hanya allah s.w.t yang berhak disembah.

Tauhid Ar-rububiyah

Beri'tiqad bahawa Allah s.w.t bersifat Esa , Pencipta. Pemelihara dan tuan sekelian alam.

~ Antara pengertian kalimah Rabb ( ربّ) ialah Tuan, Pemilik,Pencipta, Penguasa,Pendidik,Pengasuh,Penjaga, penguatkuasa yang mutlak

Allah bersifat mutlak

  • Segala-galanya di dunia ini hanyalah milik Allah s.w.t yang mutlak.
  • Apa yang ada pada Manusia Hanyalah sementara yang bersifat pinjaman daripada Allah yang maha kuasa.
  • Kebijaksanaan, kemahiran , kebolehan, yang ada pada manusia semuanya datang daripada Allah s.w.t.
  • Ingatlah bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik balik segala nikmat yang diberikan kepada kita. oleh itu kita janganlah bersifat takabbur @ bongkak segala kesenangan yang kita dapat daripada Allah S.w.t. dan sentiasalah bersyukur kepadaNYA yang memberikan segala nikmat kepada kita.
  • Kita sebagai Manusia banyak kekurangan hanyalah Allah yang bersifat kesempurnaan
Firman Allah s.w.t:
وإٍنْ يَمْسَسْكَ اللَهُ بِضُرٍّ فَلاَ كَا شِفَ لَهُ إٍلَّا هُوَ و إٍنْ يَمْسَسْكَ بِخَيرٍ فَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya:
Dan jika Allah menimpakan sesuatu bencana kepadamu tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia . Dan jika dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Mahakuasa atas sesuatu.

Manusia Fakir

Manusia di dunia ini bersifat fakir ( tidak memiliki apa-apa) sebaliknya sentiasa memerlukan pertolongan daripada Allah S.W.T

Firman Allah S.W.T di dalam sebuah Hadis Al-Qudsi:

Hai manusia, kamu semua berada di dalam kesesatan kecuali mereka yang Aku berikan Taufik dan Hidayah kepadanya .Oleh itu mintalah Hidayah daripada-Ku.

Hai manusia, kamu semua lapar kecuali mereka yang Aku berikan makanan.Oleh itu mintalah Rezeki daripada -Ku.

Hai manusia, kamu semua telanjang kecuali mereka yang aku berikan pakaian .Oleh itu mohonlah pakaian daripada-Ku.


Dalil-Dalil Tauhid Ar-Rububiyyah

Banyak dalil menunjukkan bahawa Allah itu Maha Esa dan tiada sesuatu yang menyamai Allah dari sudut Rububiyyah:

  1. Semua benda di alam ini daripada sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besarnya menyaksikan bahawa Allah itu adalah Rabb Al-Alamin Dia berhak ke atas semua kejadian du alam ini.
  2. Susunan alam yang mengkagumkan,indah dan tersusun rapi adalah bukti Allah Maha Pencipta.orang yang berakal waras akan mengatakan bahawa alam ini dijadikan oleh satu zat yang Berkuasa, iaitu Allah S.W.T. tidak ada orang yang berakal waras akan mengatakan bahawa sesuatu itu boleh berlaku dengan sendirinya

kesimpulanya

Allah lah yang Maha kuasa menciptakan alam ini. marilah kita renung dan berfikir tentang keindahan alam. Insyaallah kita akan dapat merasainya hebatnya kuasa Allah S.W.T. (Tauhid Ar-Rububiyyah.


Ini sekadar berkongsian daripada saya. saya mohon maaf jika ada sebarang kesilapan dalam penulisan saya.doakn saya supaya istiqamah dalam setiap perbuatan dan bercaya dalam pengajian.