Thursday 4 February 2010

Pengalaman Tasjil Madah

Assalamualaikum...

Hari selasa 2/1/10. Alhamdulilah selesai tasjil madah(pentaftaran subjek) untuk sem 2 ni. Sem dua ni saya ambil 4 madah .Saya tasjil pukul 10.15 am tapi saya pergi ke dewan tasjil pukul 9.15bagi memudahkan dapat tempat.Kali ni tasjil pakai komputer. Semasa masa dah sampai pukul 10.15 am semua orang sibuk tekan butang untuk tasjil tapi ketika ini Allah uji saya dengan saya tidak boleh masuk untuk tasjil ,banyak kali saya cuba tapi tidak boleh, saya mula kelisah dan takut madah yang nak ambil dah tutup. Cepat-cepat saya ambil keputusan pergi ke komputer lain.

Selepas selesai intan tasjil giliran saya pula guna komputer sekali lagi saya tidak boleh masuk. saya dah mula takut hanya Allah sahaja tahu perasaan saya ketika ini saya berdoa agar Allah permudahkannya.Alhamdulilah kawan saya di sebelah tolong. Rupa-rupanya saya tidak tukar tulisan arab ke rumi patutulah tak boleh masuk dari tadi, saya ingat pihak universiti sekat tak boleh tasjil sebab dokumen tidak lengkap.

Apabila saya masuk banyak subjek saya nak dah tutup . Masa ni saya cari madah yang masih buka . Alhamdulilah dengan bantuan akak syahirah saya dapat tasjil madah yang sesuai untuk saya. Alhamdulilah saya dapat 4 subjek . Satu subjek kunci dan 3 subjek pilihan dan wajib universiti.

Selepas tasjil saya dan kakak-kakak pergi ke qabul tasjil untuk melihat masalah dokumen saya.Selepas jumpa pegawai di sana baru saya tahu bahawa 4 dokumen saya masih belum lengkap tidak ada cop MSD. Semoga Allah permudahkan urusan kakak bagi menguruskan dokumen saya ni.Saya bersyukur sebab dapat kakak-kakak yang baik macam mereka.

Apabila direnung balik ada hikmahnya apabila saya tidak dapat tasjil madah yang saya nak. Hanya Allah sahaja tahu apa yang terbaik kepada saya dan kemampuan saya dalam nak bawa subjek-subjek tersebut. Inilah pengalaman saya tasjil madah guna komputer sebab pada sem 1 tasjil guna menual.

No comments:

Post a Comment