Friday 12 February 2010

Murah Rezeki

Assalamualaikum.

Selalu sahaja kita dengar orang merungut bahawa peniagaan tak maju , tidak ada duit, atau pelbagai lagi masalah melayari kihidupan seharian. Mari kita renung sebab apa ia terjadi adakah kita sudah berdoa kepada Allah?, adakah kita sudah minta restu kepada kedua ibubapa? atau adakah kita sudah doakan kedua ibupaba kita?.Sama-samalah kita fikir-fikirkan tanya iman kita bukan tanya selera ya.

Hari ini saya nak berkongsi bagaimana kita nak dapat murah rezeki insyaallah. Dato' Dr. Fazilah Kamsah berkata:

" Setiap pagi sedekahkan Al-fatihah kepada kedua ibubapa (tidak kira masih hidup atau telah meninggal)" ----Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.

Berdasarkan Mafhum hadis:

"tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuannya dalam sehari"

Huraian hadis:
  • Jangan sesekali meninggalkan doa kepada ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada).
  • Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa untuk kedua ibubapa( walaupun ada ibubapa yang leka, doakan agar mereka berubah).
  • Ingatlah keredhaan Allah terletak kepada keredhaan kedua ibubapa.
  • Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh.---tadah tangan dan banyangkan wajah kedua ibubapa kita,termasuk guru-guru kita, dan mereka yang banyak membantu kita( berdoa betul-betul dan bersungguh)
  • Mereka yang lupa berdoa untuk kedua orang tuanya akan disempitkan rezeki.
Kesimpulannya:

  • Bagi yang berniaga,tidak perlu menggunakan pelaris, cuma perlu berdoa untuk kedua ibubapa setiap pagi,setiap hari. Insyaallah murah rezeki, perniagaan pun maju Insyaallah.
  • Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit,tetapi segala nikmat yang kita dapat daripada Allah s.a.w.( kesihatan, makanan, kasih sanyang, ilmu dan lain2). InsyaAllah.
  • Berusaha dan bertawakal....InsyaAllah. Kata En Azmi Mustapha "rezeki bukan kerana ada sijil SPM".
Akhir sekali setiap ketentuan dan rezeki semuanya di tangan Allah .Kita sebagai seorang muslim kena yakin kepada Allah yang akan memberikan Rezeki kepada kita.Allahhua'lam


* Ini sahaja yang dapat saya kongsikan.jika terdapat kesilapan saya mohon maaf. yang baik itu daripada Allah dan yang lemah itu daripada saya sendiri.Pada hakikatnya kedua-dua datang daripada Allah.Semoga apa yang saya tulis ini diredhai oleh Allah.InsyaAllah.

2 comments: