Thursday, 28 January 2010

Percaya dan Berjaya

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..

Percaya dan berjaya apa maksud disebaliknya. Kita percaya dengan apa yang kita tidak nampak baru kita akan berjaya. seperti kata kak Haninah "kita percaya dengan apa yang kita nampak di hadapan mata adalah tipu semata-mata sebab dia ada dihadapan mata kemungkinan dia akan menipu kita".

Ada satu cerita tentang Percaya dan Bercaya. Pada zaman rasulluallah s.a.w dalam peperangan qanda' (قندق) para sahabat hampir putus asa kerana seluruh kota madinah dikepung oleh tentera quraisy, apa yang rasulluallah buat baginda memberi semangat kepada para sahabat baginda dengan meriwayatkan hadis yang bermaksud:

"Satu hari nanti umat islam akan menawan kota Konstatinople ketuanya adalah ketua terbaik dan tenteranya adalah tentera yang terbaik pada zaman itu"

Selepas para sahabat mendengar hadis ini semangat mereka berkobar-kobar untuk berjihat di jalan Allah s.w.t. Mereka percaya dengan apa yang rasulluallah kata walaupun benda itu bukan berada dihadapan mata mereka kerana kata-kata rasulluallah adalah benar dan pasti akan berlaku ,mereka percaya dan berusaha untuk mendapatkannya disamping bertawakal kepada Allah. bukan 4 tahun mereka bercaya tetapi 400 tahun baru umat islam dapat menawan kota qistinopal selepas bertahun-tahun umat islam cuba menawannya. Sultan Muhammad Al-Fatih (dalam usia yang muda lingkugan 20an )dan tenteranya yang bercaya menawan kota Konstatinople. beliau dan tenteranya yang disebut dalam hadis rasulluallah s.a.w . Ia permula apabila setiap pagi ibunya akan menbacakan hadis tersebut dan menunjukkan kota Konstatinople kepadanya.
Disebabkan ini beliau berusaha untuk mencapainya dengan percaya dan yakin kepada Allah.

Oleh itu saya menyeru kepada diri saya sendiri dan semua marilah kita jadi seperti Sultan Muhammad Al-Fatih yang percaya yang beliau akan berjaya dan yakin kepada Allah.
Dalam konteks kita sebagai seorang pelajar kita kena percaya yang kita boleh berjaya dalam bidang kita ceburi dan mendapat keputusan yang cemerlang selepas kita berusaha , percaya dan yakin kepada Allah serta bertawakal kepadaNya . kata-kata ini menaikkan semangat saya untuk terus berjuang dalam medan ilmu ini.

2 comments:

  1. keep on writing cema'..

    cuma Konstatinople tu salah eja..huhu

    ReplyDelete
  2. terima kasih memang nak tanya eja tadi

    ReplyDelete