Sunday 31 January 2010

PENGALAMAN

Assalamualaikum...



Pada 29/1 merupakan hari yang mencabar bagi diri saya. mana tak nya malam tu saya dan wani bertolak ke mutah. Pada mulanya kami nak pergi ke mafraq tapi tak jadi kerana hari tu bas tiada. Dari sakan kami ke Mujamak Aman dari sinilah kami naik bas ke Amman . Sampai Sahaja kami disana pemandu teksi tanya kami nak pergi mana. kami tanya berapa tambang ke mafraq. apa dia cakap 20 dinar .Ada ke patut tak logik langsung mahal sangat kami kata kami tak nak . Kami terus ambil bas ke Amman.Dekat situ juga tiada bas saya dah mula risau ikut kan hati saya, saya nak balik Irbid tapi wani berani, dia kalau dah buat sesuatu tak mudah untuk patah balik. Dari terminal Amman kami ke Mujamak Janub.Sepanjang perjalanan saya berdoa kepada Allah agar permudahkan kami sampai, ada bas dan saya perselawat kepadaNya.dekat sini pun bas kat mu'tah habis hanya pergi karak sahaja.lama juga kami tersangkut kat situ.adake patut diorang minta 15 jd sorang.kami kat tak nak.Selepas mereka bincang dan tawar menawar .Akhirnya Alhamdulilah kami dapat 4 Jd sorang.tu pun mahal selalunya 2jd seorang .Dalam bas kami hanya 2 orang perempuan Malaysia,2 orang lelaki india , seorang askar Jordan dan pemandu.alhamdulilah jam 10 malam kami sampai di Wisma negeri sembilan(mu'tah) .Saya bermalam kat sana .Esoknya ada program kuiz santai dan mengenang sejarah Islam. Tema nya Halawatul ukhwah,Halawatul maan. Dari program di saya dapat.Betapa kurangnya ilmu saya tentang sejarah Islam. Saya malu dengan diri saya sebagai seorang Islam yang kurang pengetahuan tentang sejarah Islam.Insyaallah saya berazam akan berusaha untuk membaca sejarah Islam.Sepatutnya kita sebagai seorang Islam kena mengetahui sejarah Islam baru kita dapat merasai perjuangan Rasulluallah S.A.W dan para sahabat baginda.Selepas habis program saya pergi ke mafraq kerana rombongan N9 tak hantar ke Irbid. disana saya duduk rumah kakak nadhirah. pukul 5.15 petang baru sampai rumah naik van ustaz Adam dan YDP N9 hantar balik.Akhir sekali saya rasa seronok sangat sebab dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru dari negeri Sembilan dan dapat lihat suasana malam di jordan. سبحان الله جميل جدا. Allah maha kuasa .

No comments:

Post a Comment