Wednesday 27 January 2010

Allah Maha Mengetahui

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Hari ini sudah empat bulan lebih saya menetap di bumi barakah ini Irbid,Jordan. macam-macam perkara yang saya dapat dan pelajari. bagaimana nak mendidik hati supaya tunduk dengan perintah Allah dan merasai kemanisan iman. saya pelajari bagaimana nak mengawal perasaan agar menjadi baik dan tenang semasa menghadapi ujian daripada Allah. Alhamdulilah saya bersyukur kepada Allah mengurniakan sahabat-sahabat yang baik dan sentiasa tegur saya apabila melakukan kesalahan. kini aku bersyukur sangat kepada Allah yang maha kuasa yang menetapkan saya di sini . dan disini saya pelajari bagaimana nak menerima قضاء دان قدر Allah. selepas saya melalui proses penerimaan kat sini baru hati saya tenang dan mudah untuk belajar. kerana sebelum ini saya tidak menerima hakikat bahawa saya belajar dalam bidang yang saya pelajari sekarang dengan sepenuh hati ini menyebabkan hati saya jadi tak tenang dan susah untuk belajar. dan disababkan ini juga keputusan saya dalam periksa markas lughah dan kuliah tidak baik. selepas ujian demi ujian Allah beri kepada saya , saya mula sedar bahawa saya perlu betulkan niat balik sebab apa saya datang sini dan belajar menerima ketentuan Allah dengan reda dan ikhlas.baru Allah akan mempermudahkan saya untuk belajar. benarlah firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat 216 yang bermaksud:

"boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui ,sedangkan kamu tidak mengetahui."

ayat ini mengajar saya bagaimana nak menerima ketentuan Allah . Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya .kita tidak mengetahui masa depan kita dan juga kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita hanya Allah sahaja yang mengetahui oleh itu kita perlu menerima ketentuan Allah dengan hati yang terbuka ,ikhlas dan reda dengan apa yang Allah tentukan untuk kita.

No comments:

Post a Comment