Thursday 6 May 2010

http://maruscik.weebly.com/

Ogród " Japoński "

Sahabat Sejati

Assalamualaikum.


Alhamdulilah sepanjang minggu ni saya banyak dapat pengajaran.Alhamdulilah sudah selesai masalah yang saya hadapi sepanjang seminggu.Pengajjaran yang saya dapat ialah tentang sahabat sejati.Sahabat sejati,bukan senang kita nak dapat kerana banyak benda yang perlu kita hadapi dalan bersahabat.

Pengajaran ialah:
  • Sahabat yang sejati ialah sahabat yang akan menegur sahabatnya apabila sahabatnya melakukan kesilapan.
  • Kita jangan pendam dalam hati rasa tidak muas hati kiata,apabila kita pendam dalam hati masalah akan jadi lebih berat dan akan memberi kesan dalam kehidupan seharian kita antaranya ialah
-hubungan akan renggan
-masing-masing cuba mengelak daripada berjumpa.
-akan mudah sensitif dengan perkara yang remeh
-susah untuk belajar
-tumpuan dalam kuliyyah akan terganggu
-keputusan peperiksaan jatuh
-hati tidak tenang.
-susah untuk menerima sesuatu yang baik.

  • Kita kena berlapang dada dalam menerima kelemahan sahabat kita.Kita jangan terlalu memikirkan kelemahan dia, Kita cuba membantu dia untuk membaiki kelemahannya.kita juga kena memikirkan kebaikannya kepada kita.Setiap manusia ada kelemahan dan kebaikan.Allah jadikan kelemahan dan kebaikan itu adalah untuk kita saling baiki-membaiki satu sama lain,tegur-menegur satu sama lain.Secara tidak langgung akan mengeratkan ukhuwah sesama kita.
  • ukhwah fillah ialah ukhuwah yang pernah merasai kepedihan,kemanisan,pergaduhan dalam persahabat.Kita akan dapat merasai kemanisan ukhwah fillah apabila kita sama-sama dapat menyelesai segala masalah.Insyaallah apabila kita ikhlas dalam bersahabat Allah akan bersama-sama kita.
  • Apabila kita ada masalah dengan sahabat kita mengadu dengan Allah agar Allah tunjuk jalan yang terbaik untuk kita menyelesaikannya.
Akhir sekali

kita dalam bersahabat tambahan lagi apabila duduk serumah kita perlu menyrnangkan sahabt kita dan berlajar unruk menerima kelemahan dan kebaikan disamping kita membaiki diri kita dan mempertingkatkan diri kiata .

Allahhualam.

Maafkan saya sahabat-sahabat sepanjang kita bersahabat jika saya ada melakukan kesilapan.
marilah kita sama-sama menjati sahabat sejati.Ukhwah fillah. Doakan saya sahabat.

Friday 30 April 2010

Muslima in Supplication – Islamic Wallpaper

Muslima in Supplication – Islamic Wallpaper

Selesai Imtihan sani, Tibalah Imtihan Akhir

Assalamualaikum.


Alhamdulilah baru selesai imtihan sani.Sekarang masa untuk berjuang untuk imtihan nihai' pula. yang akan bermula pada 19/5,26/5,29/5 dan yang terakhir 3/6/2010.Semuanya 50 soalan setiap subjek yang mana soalan abc semuanya. Bila soalan ABC cabarannya sangat hebat ,kita kena baca betul-betul sebab jawapannya nak dekat-dekat. Kita kena ulang banyak kali dalam membaca buku. DR Salim Adrusi ,Dr Nasar Qadim saya, dr ni sangat hebat dalam membuat soalan sebab kita tidak boleh jangka soalan dia. boleh dikatakan dr dekat sini sangat pandai buat soalan.Mana taknya bila kita baca buku kita sangka poin tak penting dr tak tanya,sekali poin yang dikata tidak penting tu la yang masuk periksa. Kesimpulannya kita kena banyak semua poin dalam buku dan ulang banyak kali supaya kita mudah dalam imtihan.

Insyaallah saya akan buat yang terbaik dalam imtihan kali ini.Apabila kita berusaha bersungguh-sungguh berserta bertawakal kepada Allah .Insyaallah imtihan kita akan khair.Pergantungan diri kita kepada Allah perlu kuat agar kita akan rasa tenang sebelum.semasa dan selepas kita jawap semua imtihan.Ilmu kita juga akan berkat .Insyaallah kita akan ingat sampai bila-bila Ilmu yang kita belajar apabila kita niat kerana Allah S.A.W. Perasaan takut kita akan hilang apabila kita imtihan kerana Allah s.a.w. Allah lah yang mempermudahkan kita jawap,Allah jugalah tahu segala bentuk soalan, Allah jugalah yang pergang hati Dr supaya buat soalan yang mudah untuk kita. Apabila kita yakin dengan Allah Insyaallah imtihan kita akan Khair.

Tinggal sebulan lagi untuk saya dan rakan-rakan tahun satu untuk habis sem 2 ini. Masa semakin cepat.Rasa tidak puas lagi belajar untuk subjek sem ni.16/5/2010 ni dah kena tasjil madah untuk sem soifi.Insyaallah sem soifi ni saya nak ambil 3 subjek.


Doakan saya ummi ayah ,adik-adik,rakan-rakan agar terus kuat dalam perjuangan imtihan,menuntut ilmu dan sentiasa istiqamah dalam kerja-kerja islam.

Saturday 10 April 2010

Kata-kata Semangat untuk Terus Berusaha dalam Pelajaran.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Hari ini saya nak kongsi kata-kata semangat untuk terus berusaha dalam pelajaran.
  • Dalam kita menuntut ilmu ini kita tidak boleh bangga diri dan terlalu yakin dengan usaha kita tanpa bertawakal kepada Allah. Dengan mudah Allah memguji kita dengan memberikan keputusan yang tidak memuaskan.
  • Apabila kita dapat markah sedikit , jangan mudah putus asa,muhasabah diri, Adakah kita cukup bergantung dengan Allah sepanjang kita ulang kaji pelajaran dan menjawab periksa.Selain itu, Allah nak kita berusaha lagi dengan lebih gigih disamping menambahkan amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
  • Apabila kita melakukan sesuatu dengan bersusah payah dan tidak mudah putus asa, Allah akan memberikan ganjaran yang lebih besar kepada kita berbanding orang yang senang untuk mendapatkan sesuatu. Semakin susah Allah uji kita Semakin Banyak ganjaran yang Allah nak berikan kepada kita.
  • Selagi mana kita tidak berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran selagi itu Allah tidak akan bagi yang terbaik untuk kita.
  • Apa yang kita dapat dalam peperiksaan semua bergantung kepada usaha kita dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah s.a.w.
  • Selepas kita berusaha bersungguh-sungguh bertawaklah kepada Allah. Allah Berfirman;
فًإِذًا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَهِ إِنَّ اللَهَ يُحِبُّ المُتَوَكِّلِينَ

"sekiranya kamu telah membulatkan tekad , bertawakallah kepada Allah.sesungguhnya Allah suka kepada orang yang Bertawakal."
(surah Ali 'Imran ayat 159)
  • Apabila kita dapat keputusan cemerlang juga satu ujian kepada kita.Allah nak lihat sama ada kita bersyukur kepadaNya ataupun tidak.
  • Sebenarnya ini semua tarbiyah daripada Allah untuk kita agar kita menjadi seorang hamba dan pelajar yang lebih baik dalam semua aspek dan merasai kehadiranya dalam diri kita.Disamping menambahkan keimanan kepadaNya.
  • Tidak ada di dunia ini benda yang senang hanta kita nak makan pun susah.Kita tidak akan dapat makan jika kita tidak berusaha untuk mendapatkannya.samalah dalam pelajatan kita.
Minta maaf jika ada kesilapan dalan kata -kata saya. Kata-kata untuk saya sendiri untuk terus menaikkan semangat saya dalam pelajaran.
( Ditulis pada 5/4/2010. di Pustakaan University Yarmouk )

Saturday 6 March 2010

TAUHID AR-RUBUBIYAH

Assalamualaikum.w.b.t

Bagaimana dengan iman ?dah baca Al-Quran ke belum ?dah baca Al-Ma'thurat ke belum?. Inilah soalan yang mula-mula sekali ayah @ ummi saya akan tanya setiap kali telefon @ skype dengan mereka.

Sebenarnya hari ini saya nak berkongsi ilmu apa yang saya dapat pada hari khamis malam jumaat hari tu. Tajuknya
tauhid ar-rububiyah. apa itu tauhid ar-rububiyah?.

Makna kalimah tauhid

Tauhid bermaksud mengesakan allah s.w.t. dari sudut penghayatan kehidupan kita bermaksud kita berikrar,mengenal, mengakui,menyakini bahawa hanya allah s.w.t yang berhak disembah.

Tauhid Ar-rububiyah

Beri'tiqad bahawa Allah s.w.t bersifat Esa , Pencipta. Pemelihara dan tuan sekelian alam.

~ Antara pengertian kalimah Rabb ( ربّ) ialah Tuan, Pemilik,Pencipta, Penguasa,Pendidik,Pengasuh,Penjaga, penguatkuasa yang mutlak

Allah bersifat mutlak

  • Segala-galanya di dunia ini hanyalah milik Allah s.w.t yang mutlak.
  • Apa yang ada pada Manusia Hanyalah sementara yang bersifat pinjaman daripada Allah yang maha kuasa.
  • Kebijaksanaan, kemahiran , kebolehan, yang ada pada manusia semuanya datang daripada Allah s.w.t.
  • Ingatlah bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik balik segala nikmat yang diberikan kepada kita. oleh itu kita janganlah bersifat takabbur @ bongkak segala kesenangan yang kita dapat daripada Allah S.w.t. dan sentiasalah bersyukur kepadaNYA yang memberikan segala nikmat kepada kita.
  • Kita sebagai Manusia banyak kekurangan hanyalah Allah yang bersifat kesempurnaan
Firman Allah s.w.t:
وإٍنْ يَمْسَسْكَ اللَهُ بِضُرٍّ فَلاَ كَا شِفَ لَهُ إٍلَّا هُوَ و إٍنْ يَمْسَسْكَ بِخَيرٍ فَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya:
Dan jika Allah menimpakan sesuatu bencana kepadamu tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia . Dan jika dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Mahakuasa atas sesuatu.

Manusia Fakir

Manusia di dunia ini bersifat fakir ( tidak memiliki apa-apa) sebaliknya sentiasa memerlukan pertolongan daripada Allah S.W.T

Firman Allah S.W.T di dalam sebuah Hadis Al-Qudsi:

Hai manusia, kamu semua berada di dalam kesesatan kecuali mereka yang Aku berikan Taufik dan Hidayah kepadanya .Oleh itu mintalah Hidayah daripada-Ku.

Hai manusia, kamu semua lapar kecuali mereka yang Aku berikan makanan.Oleh itu mintalah Rezeki daripada -Ku.

Hai manusia, kamu semua telanjang kecuali mereka yang aku berikan pakaian .Oleh itu mohonlah pakaian daripada-Ku.


Dalil-Dalil Tauhid Ar-Rububiyyah

Banyak dalil menunjukkan bahawa Allah itu Maha Esa dan tiada sesuatu yang menyamai Allah dari sudut Rububiyyah:

  1. Semua benda di alam ini daripada sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besarnya menyaksikan bahawa Allah itu adalah Rabb Al-Alamin Dia berhak ke atas semua kejadian du alam ini.
  2. Susunan alam yang mengkagumkan,indah dan tersusun rapi adalah bukti Allah Maha Pencipta.orang yang berakal waras akan mengatakan bahawa alam ini dijadikan oleh satu zat yang Berkuasa, iaitu Allah S.W.T. tidak ada orang yang berakal waras akan mengatakan bahawa sesuatu itu boleh berlaku dengan sendirinya

kesimpulanya

Allah lah yang Maha kuasa menciptakan alam ini. marilah kita renung dan berfikir tentang keindahan alam. Insyaallah kita akan dapat merasainya hebatnya kuasa Allah S.W.T. (Tauhid Ar-Rububiyyah.


Ini sekadar berkongsian daripada saya. saya mohon maaf jika ada sebarang kesilapan dalam penulisan saya.doakn saya supaya istiqamah dalam setiap perbuatan dan bercaya dalam pengajian.